Sunday, 29 January 2012

REDRAMA S/S 2012



            Litar Sepang merupakan simbolik kepada perlumbaan di Malaysia. Keunikan  bumbungnya yang berdiri gah dijadikan sebagai inspirasi di dalam koleksi fesyen semester akhir bagi pereka muda, Fazosinn. Terjemahan elemen structured yang dimiliki bumbung tersebut adalah perkara yang ingin difokuskan dan dititikberatkan oleh penulis. Selain itu, penulis bereksperimentasi dengan form menggunakan fabric suede dan leather serta mengaplikasikan warna yang  terarah kepada ketegasan iaitu merah sekaligus menyampaikan falsafah di sebalik litar sepang iaitu ketangkasan dan tenaga. Ianya diterjemahkan pula kedalam koleksi pakaian yang bercirikan keaktifan dan ketegasan  dari segi warna, structured form dan practical silhouette (easy to move). koleksi ini diperincikan   dengan LED dan anyaman cording sebagai embellishment. Melalui kombinasi diantara kesemua elemen tersebut, penulis menetapkan tema “REDRAMA” untuk koleksi semester akhir. Oleh sebab itu, silhouette yang moden dan segar diterapkan kedalam setiap rekaan wearable art yang dihasilkan supaya iainya kelihatan gah apabila digayakan atau diperagakan.

No comments:

Post a Comment